Polisi privasi

Kami, BANDAI CO., LTD., menitikberatkan privasi anda. Oleh itu, kami pastikan bahawa segala maklumat peribadi anda diproses selari dengan akta perlindungan data yang berkenaan, termasuk Perlindungan Data Umum oleh Kesatuan Eropah (UN) iaitu GDPR.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cara kami proses dan lindungi maklumat peribadi anda, sila rujuk polisi privasi umum kami yang menerangkan polisi, piawaian atau tatacara untuk memproses dan melindungi maklumat peribadi anda
https://www.bandai.co.jp/en/site/privacy/

MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK BANDAI TCG+.

CARA KAMI MEMPROSES MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Seiringan dengan perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda, kami akan mengumpul, mengguna, menyimpan, menjana atau mendedahkan kepada pihak ketiga (dikumpulkan dan dirujuk selepas ini, sebagai "proses") maklumat anda untuk tujuan berikut :

1) MENDAFTAR UNTUK PERKHIDMATAN

  1. Jenis maklumat peribadi yang kami proses : Bandai Namco ID, nama samaran, kawasan negeri/wilayah, nombor telefon, permainan yang dipilih, nombor keahlian (Membership No.) , maklumat lokasi dan sejarah penggunaan perkhidmatan. Kami akan mengumpulkan nama, alamat kediaman, jantina, tarikh lahir, senarai perkhidmatan yang sedang digunakan dan alamat e-mail daripada Bandai Namco Entertainment Inc. dengan merujuk kepada ID Bandai Namco anda.
    Jikalau anda tidak menyediakan maklumat peribadi anda, kami tidak mampu untuk memberikan perkhidmatan kami.
    Kami mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung melalui laman sesawang atau aplikasi kami.
  2. Asas yang sah : proses ini penting untuk perlaksanaan sesuatu kontrak
  3. Tempoh dimana kami menyimpan maklumat peribadi anda : berpandukan tempoh peruntukan perkhidmatan
  4. Penerima yang kami dedahkan data anda : rakan penganjur pelayan kami di U.S.A., kontraktor kami yang membantu menyediakan perkhidmatan kami di negara anda serta syarikat kumpulan kami di Jepun dan luar negara.
    Sekiranya berlaku pemindahan data dari pihak kami kepada mana-mana pihak diluar negara anda, kami akan melindungi hak data peribadi anda menurut kuasa dari kontrak pemindahan data dengan penerima yang berkaitan dimana penerima tersebut akan ditakluk dibawah kewajipan kontrak untuk memastikan perlindungan data yang mencukupi

2) MEMBERIKAN, MENGEKALKAN, MELINDUNGI DAN MENAIKTARAF PERKHIDMATAN SEDIA ADA DAN MENUBUHKAN PERKHIDMATAN YANG BARU

  1. Jenis data peribadi anda yang kami proses : maklumat peranti (termasuk sistem operasi, maklumat sistem perkakasan, jenis dan ketetapan pelayar dan penggunaan maklumat laman sesawang atau aplikasi), maklumat log (termasuk data log, masa penggunaan, alamat protokol internet, cecikut/cookies dan suar sesawang). Sejarah penggunaan perkhidmatan (termasuk kandungan permainan, data prestasi), serta jawapan kepada soal selidik.
    Memberikan jawapan kepada soal selidik adalah secara sukarela, tetapi jika anda tidak menyediakan maklumat peribadi (tidak termasuk jawapan kepada soal selidik), kami tidak mampu untuk menyediakan, mengekalkan, melindungi, dan menambah baik perkhidmatan ini.
    Kami mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung melalui laman sesawang atau aplikasi kami.
  2. Asas yang sah : proses ini penting untuk perlaksanaan sesuatu kontrak dan untuk tujuan kepentingan sebenar kami iaitu; menambahbaik dan mengembangkan perkhidmatan untuk pelanggan kami.
  3. Tempoh penyimpanan data peribadi anda : sepanjang tempoh peruntukan perkhidmatan
  4. Penerima yang kami dedahkan data anda : rakan penganjur pelayan kami di U.S.A., Kontraktor kami yang membantu menyediakan perkhidmatan kami di negara anda serta kumpulan syarikat kami di Jepun dan di luar negara.
    Sekiranya berlaku pemindahan data dari pihak kami kepada mana-mana pihak diluar negara anda, kami akan melindungi hak data peribadi anda menurut kuasa dari kontrak pemindahan data dengan penerima yang berkaitan dimana penerima tersebut akan ditakluk dibawah kewajipan kontrak untuk memastikan perlindungan data yang mencukupi

3) MENJAWAB PERTANYAAN DARI KALANGAN PENGGUNA

  1. Jenis maklumat peribadi yang kami proses : nombor keahlian ( Membership No.), nama anda, kawasan, tajuk permainan, jenis pertanyaan, butiran pertanyaan. Jikalau anda tidak menyediakan maklumat peribadi anda, kami tidak mampu untuk memberikan perkhidmatan kami. Kami mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung melalui laman sesawang atau aplikasi kami.
  2. Asas yang sah : proses ini penting untuk perlaksanaan sesuatu kontrak atau penting supaya langkah boleh diambil menurut permintaan anda sebelum persetujuan kontrak oleh anda.
  3. Tempoh penyimpanan data peribadi anda : sepanjang tempoh peruntukan perkhidmatan
  4. Penerima yang kami dedahkan data anda : rakan penganjur pelayan kami di U.S.A., Kontraktor kami yang membantu menyediakan perkhidmatan kami di negara anda serta kumpulan syarikat kami di Jepun dan luar negara.
    Sekiranya berlaku pemindahan data dari pihak kami kepada mana-mana pihak diluar negara anda, kami akan melindungi hak data peribadi anda menurut kuasa dari kontrak pemindahan data dengan penerima yang berkaitan dimana penerima tersebut akan ditakluk dibawah kewajipan kontrak untuk memastikan perlindungan data yang mencukupi

4) MENGKAJI PENGGUNAAN ANDA TERHADAP PERKHIDMATAN KAMI BAGI MENJANA CERAPAN UNTUK TUJUAN PEMASARAN

  1. Jenis data peribadi anda yang kami proses : maklumat peranti, maklumat log, sejarah penggunaan perkhidmatan, maklumat pembelian.
    Kami mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung melalui laman sesawang atau aplikasi kami.
  2. Asas yang sah : persetujuan anda. Anda boleh menarik diri persetujuan anda pada bila-bila masa. Penarikan balik persetujuan anda tidak akan menjejaskan keabsahan pemprosesan data peribadi anda oleh kami berdasarkan persetujuan sebelum penarikan balik.
  3. Tempoh penyimpanan data peribadi anda : sepanjang tempoh peruntukan perkhidmatan
  4. Penerima yang kami dedahkan data anda : Pembekal Perkhidmatan Analisis ( Analytics Service Provider ) di U.S.A
    Sekiranya berlaku pemindahan data dari pihak kami kepada mana-mana pihak diluar negara anda, kami akan melindungi hak data peribadi anda menurut kuasa dari kontrak pemindahan data dengan penerima yang berkaitan dimana penerima tersebut akan ditakluk dibawah kewajipan kontrak untuk memastikan perlindungan data yang mencukupi

Kami mungkin tidak akan menggunakan data peribadi anda untuk pemprosesan keputusan automatik.

Kepada Siapa Kami Mendedahkan Data Peribadi Anda di Luar Jepun

Untuk perkhidmatan ini, negara tempat penerima berada dan sistem perlindungan data peribadi adalah seperti berikut:
A.S. (Amerika Syarikat) https://www.ppc.go.jp/files/pdf/USA_report.pdf
California https://www.ppc.go.jp/files/pdf/california_report.pdf
Penerima tertakluk kepada peraturan perlindungan data peribadi di negara mereka.

Kami juga mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada syarikat gabungan kami yang terletak di luar Jepun serta agensi jualan tempatan yang mengadakan acara yang anda berhasrat untuk sertai.
Kami tidak dapat menentukan negara tempat penerima data berada kerana negara tersebut bergantung pada acara yang anda berhasrat untuk sertai dan soal selidik yang anda jawab.
Walau bagaimanapun, lokasi syarikat gabungan kami adalah [di sini].

Keselamatan Data Peribadi

Kami telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk mengelakkan data peribadi anda daripada hilang secara tidak sengaja, digunakan, diakses tanpa kebenaran, diubah atau didedahkan. Selain itu, kami mengehadkan akses kepada data peribadi anda hanya kepada pekerja, ejen, kontraktor, dan pihak ketiga lain yang mempunyai keperluan perniagaan. Mereka hanya akan memproses data peribadi anda mengikut arahan kami dan tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan.
Kami juga telah menetapkan prosedur untuk menangani sebarang pelanggaran data peribadi yang disyaki dan akan memberitahu anda serta mana-mana badan pengawalseliaan yang berkenaan apabila kami diwajibkan secara undang-undang untuk berbuat demikian.

Pindaan

Kami akan mengikuti prosedur yang sesuai selaras dengan undang-undang apabila kami meminda dasar privasi ini.

PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut, sila hubungi : Pengurus privasi

BANDAI CO., LTD.

Maklumat Hubungan TCG+
https://www.bandai-tcg-plus.com/contact

TAK Games
+61 426 662 189
16 Dibbil St, Chermside West Qld 4032

LET'S PLAY GAMES
+61 2 8763 0855
Warehouse B, 4 Burilda Close Wetherill Park NSW 2164

Anda berhak untuk mengakses maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda, serta berhak untuk meminta pembetulannya.
Jika anda ingin melaksanakan hak ini atau membuat aduan kepada kami, sila hubungi kami menggunakan maklumat yang diberikan di atas.

NOTIS DI PENGUMPULAN UNTUK BANDAI TCG+ DI United States of America (U.S.A)

Jika anda ingin mengetahui mengenai cara kami proses dan lindungi data peribadi anda, sila rujuk kepada polisi privasi kami
https://www.bandai.co.jp/en/site/privacy/

1. NOTIS DI PENGUMPULAN MENGENAI JENIS MAKLUMAT PERIBADI YANG DIKUMPUL

1) PERNIAGAAN ATAU TUJUAN PERDAGANGAN UNTUK PEMPROSESAN, PENDEDAHAN, JUAL atau KONGSI : untuk mendaftar bagi perkhidmatan

  1. Jenis data peribadi anda yang kami proses ( sebagaimana ditetapkan dalam CCPA 1798.140 (v) ) : pengenal pasti ( Bandai Namco ID, nama samaran, kawasan, daerah/wilayah, nombor telefon, permainan terpilih, nombor keahlian), data geolokasi.
    Kami mengumpul pengenal pasti ( nama, alamat kediaman, jantina, tarikh lahir dan alamat e-mail ) dan Maklumat Perdagangan ( senarai perkhidmatan yang diguna pakai ) dari Bandai Namco Entertainment Inc. dengan merujuk kepada ID Bandai Namco anda.
  2. JENIS-JENIS PIHAK KETIGA YANG KAMI DEDAHKAN : rakan penganjur pelayan kami, kontraktor kami yang membantu dalam menyediakan perkhidmatan kami, syarikat kumpulan kami, dan agensi jualan tempatan.
  3. JENIS-JENIS PIHAK KETIGA YANG KAMI JUAL ATAU KONGSI ( sebagaimana ditetapkan dalam CCPA 1798.140 (ad)(ah)) : Tiada
  4. SUMBER MAKLUMAT PERIBADI TERKUMPUL : melalui pendaftaran perkhidmatan anda
  5. TEMPOH PENYIMPANAN : sepanjang tempoh peruntukan perkhidmatan

2) PERNIAGAAN ATAU TUJUAN PERDAGANGAN UNTUK PEMPROSESAN, PENDEDAHAN, JUAL atau KONGSI : Untuk menyediakan, mengekalkan, melindungi dan menambahbaik perkhidmatan sedia ada dan membangun perkhidmatan baharu

  1. Jenis-jenis data peribadi anda yang kami proses ( sebagaimana ditetapkan dalam CCPA 1798.140 (v) ) : internet atau maklumat kegiatan rangkaian elektronik yang lain, kesimpulan diambil dari maklumat tersebut ( maklumat peranti ( termasuk sistem operasi, maklumat perkakas, jenis dan ketetapan pelayar dan maklumat penggunaan laman sesawang atau aplikasi ), maklumat log ( termasuk data log, masa penggunaan, alamat protokol internet, cecikut/cookies dan suar sesawang ), sejarah penggunaan perkhidmatan ( termasuk kandungan permainan, data prestasi )).
  2. JENIS-JENIS PIHAK KETIGA YANG KAMI DEDAHKAN : rakan penganjur pelayan kami, kontraktor kami yang membantu dalam menyediakan perkhidmatan kami, syarikat kumpulan kami, dan agensi jualan tempatan.
  3. JENIS-JENIS PIHAK KETIGA YANG KAMI JUAL ATAU KONGSI ( sebagaimana ditetapkan dalam CCPA 1798.140 (ad)(ah)) : Tiada
  4. SUMBER MAKLUMAT PERIBADI TERKUMPUL : melalui penggunaan perkhidmatan
  5. TEMPOH PENYIMPANAN : sepanjang tempoh peruntukan perkhidmatan

3) PERNIAGAAN ATAU TUJUAN PERDAGANGAN UNTUK PEMPROSESAN, PENDEDAHAN, JUAL atau KONGSI : untuk menjawab sebarang persoalan dari pengguna

  1. Jenis data peribadi anda yang kami proses ( sebagaimana ditetapkan dalam CCPA 1798.140 (v) ) : pengenal pasti ( ID keahlian, nama anda, alamat e-mail, kawasan, tajuk permainan, jenis pertanyaan, butiran pertanyaan. )
  2. JENIS-JENIS PIHAK KETIGA YANG KAMI DEDAHKAN: rakan penganjur pelayan kami, pembekal yang menjawab pertanyaan, syarikat kumpulan kami, dan agensi jualan tempatan.
  3. JENIS-JENIS PIHAK KETIGA YANG KAMI JUAL ATAU KONGSI ( sebagaimana ditetapkan dalam CCPA 1798.140 (ad)(ah)) : Tiada
  4. SUMBER MAKLUMAT PERIBADI TERKUMPUL : dari input anda melalui sistem pertanyaan syarikat dan dari penggunaan perkhidmatan
  5. TEMPOH PENYIMPANAN : sepanjang tempoh peruntukan perkhidmatan

4) PERNIAGAAN ATAU TUJUAN PERDAGANGAN UNTUK PEMPROSESAN, PENDEDAHAN, JUAL atau KONGSI : menganalisa penggunaan anda terhadap perkhidmatan kami untuk menjana cerapan yang bermanfaat bagi tujuan pemasaran :

  1. Jenis data peribadi anda yang kami proses ( sebagaimana ditetapkan dalam CCPA 1798.140 (v) ) : Internet atau maklumat kegiatan rangkaian elektronik lain-lain, kesimpulan diambil dari maklumat tersebut, maklumat perdagangan ( Maklumat peranti, maklumat log, sejarah penggunaan perkhidmatan, maklumat pembelian )
  2. JENIS-JENIS PARTI KETIGA YANG KAMI DEDAHKAN :
    Tiada
  3. JENIS-JENIS PIHAK KETIGA YANG KAMI JUAL ATAU KONGSI ( sebagaimana ditetapkan dalam CCPA 1798.140 (ad)(ah)) : Tiada
  4. SUMBER MAKLUMAT PERIBADI TERKUMPUL : melalui penggunaan perkhidmatan
  5. TEMPOH PENYIMPANAN : sepanjang tempoh peruntukan perkhidmatan

Kategori Data Peribadi Anda yang Kami Kumpulkan

Kategori data peribadi adalah sama seperti di atas, yang telah dikumpulkan dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Kategori Data Peribadi Anda dan Pihak Ketiga yang Kami Dedahkan

Penerima dan kategori data peribadi yang kami dedahkan adalah sama seperti di atas, yang telah dikumpulkan dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

PENGGUNAAN ATAU PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI SENSITIF

(1) Kami tidak akan mengguna atau mendedah maklumat peribadi sensitif anda

PENJUALAN ATAU PERKONGSIAN MAKLUMAT PERIBADI

(1) Kami tidak akan menjual atau berkongsi data peribadi anda pada masa hadapan dan tidak pernah menjual atau berkongsi data peribadi anda dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
(2) Kami tidak mempunyai pengetahuan sebenar bahawa kami Menjual atau Berkongsi maklumat peribadi mengenai penduduk yang kami tahu berumur di bawah 16 tahun.
Di bawah CCPA, "Jual" bermaksud pendedahan melalui elektronik atau cara lain-lain, maklumat peribadi pengguna kepada pihak ketiga untuk kewangan atau pertimbangan bernilai yang lain-lain, dan "Kongsi" bermaksud perkongsian maklumat peribadi pengguna kepada pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan tingkah laku secara silang langkah
Hak menarik keluar boleh dilakukan dengan menekan pautan "Jangan Jual atau Kongsi Maklumat Peribadi Saya"

2. PRIVASI KANAK-KANAK

Kami tidak mengumpul dan menyimpan maklumat peribadi mengenai kanak -kanak ( dalam peruntukan ini, kami menganggap ini kanak-kanak dibawah umur 13 ) jika seorang kanak-kanak menyerahkan maklumat ini tanpa persetujuan ibu-bapanya. Jika kami mendapati yang kami secara tidak sengaja mengumpul maklumat dari seorang kanak-kanak dalam cara yang tidak menepati piawaian COPPA, kami akan memadam maklumat tersebut dengan serta-merta.

3. HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami melalui e-mail jika anda ada sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai maklumat anda yang kami pegang.
Alamat e-mail

Ditubuhkan pada 21 Ogos 2025